Wednesday, February 13, 2013

180 Darjah



  Assalamualaikum. Terlalu banyak hendak diceritakan. Tetapi tidak berkesempatan. Jangan ditanya mana menghilangnya diri ini.. :) Pada aku, tahun 2013 ni banyak membawa perubahan besar dalam hidup aku. Alhamdulilah, lepas satu-satu nikmat yg Allah bagi. Mula dgn PMR, sampai ke sekolah, aku rasa bersyukur walaupun sebelum ni diri aku betul-betul berada dalam keadaan keliru.

 Alhamdulillah, akhirnya doa aku untuk ke SBP@ Mrsm termakbul. Walaupun aku rindu sgt nk pergi MRSM Taiping mcm dulu, tp bukan rezeki aku untuk ditempatkan di situ seperti abang aku dulu. Tersangat rindu. Tersangat teringin nk jd mcm abg aku dulu... Tersangat mahu berada di situ.. Tapi bukan rezeki aku.. dan sudah sememangnya nama aku tidak akan disenaraikan di MRSM sbb nama aku dh tertulis untuk SBP. Aku tetap terima segala apa yg telah tertulis. Sebab aku yakin yg Allah dh tetapkan yg terbaik untuk aku. 

 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). pada aku, sekolah dh mengubah hidup aku 180 darjah. hahaha. Selama dua minggu aku dkt situ, aku dh belajar banyak benda. Termasuklah mcm mana nk tahan mengantuk waktu dalam kelas. hahahaha. Seriously, aku tersangat-sangat rindukan sekolah lama aku, dan keadan kelas tahun lepas yg dh mcm satu family tu.. dn pada awal tahun ini, mula2 aku rasa seronok sangat sebab semua ahli dari kelas aku tahun lepas berada dalam kelas yg sama tahun ni.. Tp, aku tak sangka yg kita bersama-sama hanya untuk dua minggu ja.. seorang demi seorang pergi.. Mula dengan Ifwat. Hahahaha. Taknak Sain Tulen la konon. :P lepas tu Diana.. lepas tu Aku dgn Filza. Aku rindu nk bergelak ketawa dgn korang, kawan sekelas aku dekat sekolah baru ni sangat berbeza, betul2 buat aku rindukan korang. seriously teramat. Tp aku bersyukur sbb aku pernah bersama-sama dengan korang berjuang untuk PMR. Aku bersyukur sbb aku jd kawan korang. Aku harap, suatu hari nanti aku akan dapat balik kegembiraan aku dengan korang dulu, dkt sekolah baru ni..

  Tapi aku fikir, suatu hari nanti aku akan bersyukur ditempatkan di sekolah baru aku ni. Kuasa Allah tu ajaib, kita takkan dapat predict apa yg Dia akan tentukan untuk masa depan kita. Yg penting, kta kena yakin yg Allah tu, dh tentukan sesuatu yg terbaik dalam hidup kita... :')




 **
Kalau nak tengok kawan2 aku, klik Dekat Sini.. :D*** 


Akhir kata, Percayalah pada setiap ketentuan Allah.. :)) Assalamualaikum.


                    





 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum :)
kalau tak jawab dosa
kalau jawab sayang~~
sila comment untuk tunjuk ajar