Wednesday, March 27, 2013

MATURITY of US



Kalau salah orang, 
selalu kita nampak..
tapi kalau salah diri sendiri..
diam menyendiri..




 "Tegurlah jika ada melakukan kesalahan,
  jangan membenci tanpa sepatah kata"

Kadang kita sendiri tak berapa nk faham,
dengan mentaliliti orang lain..
Sesetengah orang suka mengutuk kesalahan orang lain,
tapi bukan nk menegur atau nk beri nasihat..
tak faham aku.

"Aib orang patut dijaga,
 kadang-kadang diri kerap lupa,
 dek diri yang sibuk bercerita"

Setiap orang yg hidup
atas muka bumi ni...
mesti ada perangai,
atau attitude mereka sendiri,
yg lahir dari dalam diri sendiri,
tanpa kepura-puraan..
Kita tak boleh nk arah,
atau nk suruh seseorang
itu bersikap seperti apa yg kita mahu,
biarkan mereka hidup dengan diri mereka,
cuma jangan pernah langgar,
apa yg digariskan oleh Maha Pencipta..

Kadang-kadang, diri yg petah berbicara
mengenai orang lain,
tidak sedar,
bahawa mereka juga sendang melakukan
kesalahan yg sama..
huh.....
malah lebih teruk..
labih teruk dari orang yang dikata.

kadang-kadang,
kesian juga melihat orang yg dikutuk tu,
walaupun apa yg dikatakan,
memang dilakukan...
tapi,
orang yg dikutuk itu mungkin telah berubah,
atau akan berubah,
mengambil iktibar
lalu memuhasabahkan diri,
bergerak ke hadapan,
meninggalkan orang yg berkata-kata..
jauh dibelakang..
tapi walaupun sudah berubah,
mulut mereka tidak akan dapat ditutup,
atau,
mereka mmg suka bekata mengenai,
kisah silam seseorang,
yang telah lama ditinggalkan..
Ya,
mereka juga perlu ditinggalkan.

"Manusia...
sudah sememangnya manusia..
sering leka
walau sedang berpijak di bumi nyata"

Kita tak dapat nk jangkakan,
apa yg akan berlaku pada masa hadapan kita,
walaupun lima minit,
atau sesaat..
manalah tahu, pada masa hadapan nanti,
orang yang berkata,
akan melakukan kesalah yang sama,
malah lebih teruk,
sebab diri sendiri tidak mahu mengambil pengajaran
daripada kesalahan orang lain...
Sayangnya,
kesalahan orang lain itu,
dijadikan satu bahan,
untuk menghentamnya

"Kita semua pernah buat dosa,
 kita semua tak sempurna,
 Tapi janganlah jadikan itu
 satu alasan,
 untuk terus jauh daripadaNya."

Setuju atau tidak,
kadang-kadang..
orang yang melakukan kesalahan
akan menuduh
atau menunding jari terhadap kesalahan orang lain pula,
untuk tutup kesalahan yang sedang dilakukan..

Kita tiada hak,
untuk menghukum atau mengadili seseorang itu,
apatah lagi hendak dia berkelakuan seperti apa yg kita mahu,
kita tak boleh nk ubah apa sebenarnya diri dia,
cuma tegur untuk tidak melanggar perintahNya..

Kita tidak tahu bagaimana,
pengakhiran hidup seseorang manusia itu,
baik,
atau tidak,
nak dapat hidayah,
tidak kira masa,
Allah boleh menyentak khayalan kita,
dizahirkan kesilapan yang dibuatakan..

 Kadangkala,
sering memikirkan
diri ini paling sempurna,
padahal diri inilah paling hina..

Kadang-kadang diri juga ni akan terlupa,
bahawa segala apa yg ada,
milik dia yg Maha Esa.

Mama selalu pesan, semuanya bermula dari hati..
kalau hati tak elok,
macam mana muka nak cantik..
hahahaha. pesan waktu aku kecil dahulu..

Kalau orang tnya,
kenapa kau nk lebih2 ni?
kenapa buat itu ini, untuk cantik?
Jawapannya senang sahaja,
aku nk jaga apa yang Allah pinjamkan..
Moga setiap langkah kita,
setiap degupan jantung kita,
setiap kerdipan mata kita,
setiap pergerakan kita,
berada dalam Redhanya..


segalan coretan diatas, hanyalan luahan dari hati, dan sebagai peringatan untuk diri yang sering lalai,
moga disenangi, moga tidak dibenci, dan moga sama-sama dirahmati.. ~amin~ :))



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum :)
kalau tak jawab dosa
kalau jawab sayang~~
sila comment untuk tunjuk ajar