
Assalammualaikum.
Alhamdulillah kita baru sahaja masuk tahun baru.. J mudah-mudahan diri ini dapat berubah ke arah yg
lebih baik. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu.. Subahanallah.. aku nak sangat
diri ini menjadi lebih baik dan aku mahu supaya diri aku ni sentiasa setia
sujud kepada Allah S.W.T di sepanjang hayat aku..
ok, harini merupakan 23/11/2012 bersamaan dengan 9Muharam iaitu merupakan hari Tasu’a dan seperti semua orang tahu, esok adalah 10Muharam.. Alhamdulillah.. esok Hari Asyura! J Seperti tahun lepas, tahun ini aku akan “post”kan mengenai fadhilat Hari Asyura.. J
Fadhilat ni mama aku ambil pd satu keratan surat khabar waktu aku kecik2 dlu.. Banyak yg mama aku kumpul.. tp lepas pindah banyak yg hilang.. tp Alhamdulillah, tahun lepas jumpa jugak.. Aku cuma tulis balik dari surat khabar tersebut.. Kalau ada salah, sila betulkan.. J
ok, harini merupakan 23/11/2012 bersamaan dengan 9Muharam iaitu merupakan hari Tasu’a dan seperti semua orang tahu, esok adalah 10Muharam.. Alhamdulillah.. esok Hari Asyura! J Seperti tahun lepas, tahun ini aku akan “post”kan mengenai fadhilat Hari Asyura.. J
Fadhilat ni mama aku ambil pd satu keratan surat khabar waktu aku kecik2 dlu.. Banyak yg mama aku kumpul.. tp lepas pindah banyak yg hilang.. tp Alhamdulillah, tahun lepas jumpa jugak.. Aku cuma tulis balik dari surat khabar tersebut.. Kalau ada salah, sila betulkan.. J
Dan aku hanya ingin berkongsi perkara yg sangat baik ini.. Yg datangnya daripada Allah..

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
(1) Berpuasa sunat Hari Asyura
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
~Allah akan
memberi pahala seribu kali haji, seribu umrah, seribu syahid,
dan diharamkan daripada neraka serta
dihapuskan dosanya setahun yang lalu.

(2) Sembahyang sunat empat rakaat
niat: SAHAJA
AKU SEMBAHYANG SUNAT HARI ASYURA EMPAT RAKAAT KERANA
ALLAH TAALA.
Cara melakukanya:Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca
Al-Ikhlas sebelas kali
~Allah akan mengampunkan dosanya
walaupun telah berlarutan selama
lima puluh tahun melakukannya.
(3) Membaca Al-Ikhlas 1000 kali
~ Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari
akhirat
(4) Mandi Sunat
niat: SAHAJA AKU MANDI SUNAT ASYURA KERANA ALLAH TAALA
~ Allah akan memberikan kesihatan pada tahun itu
(5) Bercelak
~ Allah akan menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
(6) Bersedekah
~Allah akan menjaukannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor
gagak terbang tak berhenti hingga ia mati dan diberi pahala seperti
bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.
(7) Menyapu kepala anak yatim
~ Allah akan mengurniakan sepohon di syurga bagi tiap-tiap helai
rambut yang disapunya.
(8) menunjukkan orang sesat
~ Allah akan memenuhkan cahaya iman di dalam hatinya
(9) Menahan marah
~Allah akan memasukkannya kedalam golongan orang yang reda
(10) Memuliakan fakir miskin
~Allah akan memuliakannya ketika di dalam kubur nanti
(11) Melapangkan belanja anak dan isteri
~ Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu
(12) Membaca surah Al- Infithaar
“jika
seseorang banduan membacanya Insyallah akan dibebaskan dari
penjara. Jika seseorang yang
demam membacakanya ke atas air lalu
memandikannya, In Shaa Allah, akan
sembuh demamnya”
Alhamdulillah.. kepada sesiapa yg telah membacanya.. Hebat kan? Sebab tu aku nak sangat kongsi benda baik ni dengan org lain.. Kalau ada salah tolong betulkan.. Dan kepada yg terlambat melakukanya, tidak mengapa. Mudah-mudahan tahun depan ada lagi.
Assalammualaikum.
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum :)
kalau tak jawab dosa
kalau jawab sayang~~
sila comment untuk tunjuk ajar