Wednesday, June 4, 2014

Terima Kasih



Assalamualaikum…
Lama tak update rite? J
pejam celik pejam celik.. dh form 5..
cepatnya masa berlalu.. blog ni pun lama dh tinggal..
Sebenarnya rasa bersyukur sangat atas apa yang Allah kurniakan..

Ya Allah.. Terima Kasih atas segala nikmat pemberian-Mu..
YaAllah terima kasih atas kewujudan mama yg baik.. Yang sangat2 baik..
Terima kasih kurniakan abah..
Terima kasih sebab ada abang2 yg baik, kakak dan seorang adik.
Hidup ida rasa sempurna dengan ada mereka..
They makes me smile.
J
May Allah Bless Them.
Moga Allah sentiasa murahkan rezeki mereka..

Terima kasih bagi ida kawan yg baik.. Syahirah, Ali, Epan, Ikmal, each, adnin, jiha, ain, aini, indah..
(dn yg lain2. J)
Mereka selalu ada dengan ida..
Moga mereka sentiasa bahagia..
J
Dan Terima kasih sbb takdirkan ida untuk kenal dia..
 Nik. Moga sihat selalu.
J

Minta Maaf Ya Allah atas segala kelalaian yang telah diri ini lakukan..
Ida hanya manusia biasa.. moga Allah mentadirkan sesuatu yg lebih baik.. Yang lebih diberkati..
Dan. Moga dipanjangkan umur dan jika tidak akhirkanlah nafasku dalam iman.. dalam ucapan kalimah syahadah-Mu..  
Maafkanlah kesalahan diri ini Ya Allah.. :’)
Ida mohon agar diri ini lebih diberkati..
Dan lebih Berjaya dunia dan akhirat..

Terima kasih atas kekuatan yg engkau kurniakan kepadaku Ya Allah..
Sesungguhnya engkau Maha Kuat..
Ya Allah, Panjangkanlah umurku dan tambahkanlah ilmuku..
Agar dapatku menjadi hamba-Mu yg beriman..
Moga esok lebih baik dari harini..
~Ameeen~

p/s:  Kepada sesiapa yg terbaca. Maafkanlah jika menggangu. Jika tidak suka, Moga Allah lebih memberkati anda.  Saya Hanya manusia biasa. Bukan berpura-pura. Hanya kata-kata dari hati.. J

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

Wednesday, March 27, 2013

MATURITY of US



Kalau salah orang, 
selalu kita nampak..
tapi kalau salah diri sendiri..
diam menyendiri..




 "Tegurlah jika ada melakukan kesalahan,
  jangan membenci tanpa sepatah kata"

Kadang kita sendiri tak berapa nk faham,
dengan mentaliliti orang lain..
Sesetengah orang suka mengutuk kesalahan orang lain,
tapi bukan nk menegur atau nk beri nasihat..
tak faham aku.

"Aib orang patut dijaga,
 kadang-kadang diri kerap lupa,
 dek diri yang sibuk bercerita"

Setiap orang yg hidup
atas muka bumi ni...
mesti ada perangai,
atau attitude mereka sendiri,
yg lahir dari dalam diri sendiri,
tanpa kepura-puraan..
Kita tak boleh nk arah,
atau nk suruh seseorang
itu bersikap seperti apa yg kita mahu,
biarkan mereka hidup dengan diri mereka,
cuma jangan pernah langgar,
apa yg digariskan oleh Maha Pencipta..

Kadang-kadang, diri yg petah berbicara
mengenai orang lain,
tidak sedar,
bahawa mereka juga sendang melakukan
kesalahan yg sama..
huh.....
malah lebih teruk..
labih teruk dari orang yang dikata.

kadang-kadang,
kesian juga melihat orang yg dikutuk tu,
walaupun apa yg dikatakan,
memang dilakukan...
tapi,
orang yg dikutuk itu mungkin telah berubah,
atau akan berubah,
mengambil iktibar
lalu memuhasabahkan diri,
bergerak ke hadapan,
meninggalkan orang yg berkata-kata..
jauh dibelakang..
tapi walaupun sudah berubah,
mulut mereka tidak akan dapat ditutup,
atau,
mereka mmg suka bekata mengenai,
kisah silam seseorang,
yang telah lama ditinggalkan..
Ya,
mereka juga perlu ditinggalkan.

"Manusia...
sudah sememangnya manusia..
sering leka
walau sedang berpijak di bumi nyata"

Kita tak dapat nk jangkakan,
apa yg akan berlaku pada masa hadapan kita,
walaupun lima minit,
atau sesaat..
manalah tahu, pada masa hadapan nanti,
orang yang berkata,
akan melakukan kesalah yang sama,
malah lebih teruk,
sebab diri sendiri tidak mahu mengambil pengajaran
daripada kesalahan orang lain...
Sayangnya,
kesalahan orang lain itu,
dijadikan satu bahan,
untuk menghentamnya

"Kita semua pernah buat dosa,
 kita semua tak sempurna,
 Tapi janganlah jadikan itu
 satu alasan,
 untuk terus jauh daripadaNya."

Setuju atau tidak,
kadang-kadang..
orang yang melakukan kesalahan
akan menuduh
atau menunding jari terhadap kesalahan orang lain pula,
untuk tutup kesalahan yang sedang dilakukan..

Kita tiada hak,
untuk menghukum atau mengadili seseorang itu,
apatah lagi hendak dia berkelakuan seperti apa yg kita mahu,
kita tak boleh nk ubah apa sebenarnya diri dia,
cuma tegur untuk tidak melanggar perintahNya..

Kita tidak tahu bagaimana,
pengakhiran hidup seseorang manusia itu,
baik,
atau tidak,
nak dapat hidayah,
tidak kira masa,
Allah boleh menyentak khayalan kita,
dizahirkan kesilapan yang dibuatakan..

 Kadangkala,
sering memikirkan
diri ini paling sempurna,
padahal diri inilah paling hina..

Kadang-kadang diri juga ni akan terlupa,
bahawa segala apa yg ada,
milik dia yg Maha Esa.

Mama selalu pesan, semuanya bermula dari hati..
kalau hati tak elok,
macam mana muka nak cantik..
hahahaha. pesan waktu aku kecil dahulu..

Kalau orang tnya,
kenapa kau nk lebih2 ni?
kenapa buat itu ini, untuk cantik?
Jawapannya senang sahaja,
aku nk jaga apa yang Allah pinjamkan..
Moga setiap langkah kita,
setiap degupan jantung kita,
setiap kerdipan mata kita,
setiap pergerakan kita,
berada dalam Redhanya..


segalan coretan diatas, hanyalan luahan dari hati, dan sebagai peringatan untuk diri yang sering lalai,
moga disenangi, moga tidak dibenci, dan moga sama-sama dirahmati.. ~amin~ :))



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

Wednesday, February 13, 2013

180 Darjah



  Assalamualaikum. Terlalu banyak hendak diceritakan. Tetapi tidak berkesempatan. Jangan ditanya mana menghilangnya diri ini.. :) Pada aku, tahun 2013 ni banyak membawa perubahan besar dalam hidup aku. Alhamdulilah, lepas satu-satu nikmat yg Allah bagi. Mula dgn PMR, sampai ke sekolah, aku rasa bersyukur walaupun sebelum ni diri aku betul-betul berada dalam keadaan keliru.

 Alhamdulillah, akhirnya doa aku untuk ke SBP@ Mrsm termakbul. Walaupun aku rindu sgt nk pergi MRSM Taiping mcm dulu, tp bukan rezeki aku untuk ditempatkan di situ seperti abang aku dulu. Tersangat rindu. Tersangat teringin nk jd mcm abg aku dulu... Tersangat mahu berada di situ.. Tapi bukan rezeki aku.. dan sudah sememangnya nama aku tidak akan disenaraikan di MRSM sbb nama aku dh tertulis untuk SBP. Aku tetap terima segala apa yg telah tertulis. Sebab aku yakin yg Allah dh tetapkan yg terbaik untuk aku. 

 Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS). pada aku, sekolah dh mengubah hidup aku 180 darjah. hahaha. Selama dua minggu aku dkt situ, aku dh belajar banyak benda. Termasuklah mcm mana nk tahan mengantuk waktu dalam kelas. hahahaha. Seriously, aku tersangat-sangat rindukan sekolah lama aku, dan keadan kelas tahun lepas yg dh mcm satu family tu.. dn pada awal tahun ini, mula2 aku rasa seronok sangat sebab semua ahli dari kelas aku tahun lepas berada dalam kelas yg sama tahun ni.. Tp, aku tak sangka yg kita bersama-sama hanya untuk dua minggu ja.. seorang demi seorang pergi.. Mula dengan Ifwat. Hahahaha. Taknak Sain Tulen la konon. :P lepas tu Diana.. lepas tu Aku dgn Filza. Aku rindu nk bergelak ketawa dgn korang, kawan sekelas aku dekat sekolah baru ni sangat berbeza, betul2 buat aku rindukan korang. seriously teramat. Tp aku bersyukur sbb aku pernah bersama-sama dengan korang berjuang untuk PMR. Aku bersyukur sbb aku jd kawan korang. Aku harap, suatu hari nanti aku akan dapat balik kegembiraan aku dengan korang dulu, dkt sekolah baru ni..

  Tapi aku fikir, suatu hari nanti aku akan bersyukur ditempatkan di sekolah baru aku ni. Kuasa Allah tu ajaib, kita takkan dapat predict apa yg Dia akan tentukan untuk masa depan kita. Yg penting, kta kena yakin yg Allah tu, dh tentukan sesuatu yg terbaik dalam hidup kita... :')




 **
Kalau nak tengok kawan2 aku, klik Dekat Sini.. :D*** 


Akhir kata, Percayalah pada setiap ketentuan Allah.. :)) Assalamualaikum.


                    





 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

Thursday, November 22, 2012

12 Fadhilat Hari Asyura :)






Assalammualaikum. Alhamdulillah kita baru sahaja masuk tahun baru.. J mudah-mudahan diri ini dapat berubah ke arah yg lebih baik. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu.. Subahanallah.. aku nak sangat diri ini menjadi lebih baik dan aku mahu supaya diri aku ni sentiasa setia sujud kepada Allah S.W.T di sepanjang hayat aku..

ok, harini merupakan 23/11/2012 bersamaan dengan 9Muharam iaitu merupakan hari Tasu’a dan seperti semua orang tahu, esok adalah 10Muharam.. Alhamdulillah.. esok Hari Asyura!
J Seperti tahun lepas, tahun ini aku akan “post”kan mengenai fadhilat Hari Asyura.. J
Fadhilat ni mama aku ambil pd satu keratan surat khabar 
waktu aku kecik2 dlu.. Banyak yg mama aku kumpul.. tp lepas pindah banyak yg hilang.. tp Alhamdulillah, tahun lepas jumpa jugak.. Aku cuma tulis balik dari surat khabar tersebut.. Kalau ada salah, sila betulkan.. J

Dan aku hanya ingin berkongsi perkara yg sangat baik ini.. Yg datangnya daripada Allah..

 
                        

Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)

(1) Berpuasa sunat Hari Asyura

   
     
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
                  Ù†ÙˆÙŠØª صوم عشر سنة لله تعالى
   
         NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
  
         Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
  


   ~Allah akan memberi pahala seribu kali haji, seribu umrah, seribu syahid,  

     dan diharamkan daripada neraka serta dihapuskan dosanya setahun yang lalu.
                     




(2) Sembahyang sunat empat rakaat
  
      niat:   SAHAJA AKU SEMBAHYANG SUNAT HARI ASYURA EMPAT RAKAAT KERANA
   ALLAH TAALA.

           Cara melakukanya:Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca
           Al-Ikhlas sebelas kali


    ~Allah akan mengampunkan dosanya walaupun telah berlarutan selama 

      lima puluh tahun melakukannya.

(3) Membaca Al-Ikhlas 1000 kali
     ~ Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari
        akhirat


(4) Mandi Sunat

     
niat:  SAHAJA AKU MANDI SUNAT ASYURA KERANA ALLAH TAALA
               

    ~ Allah akan memberikan kesihatan pada tahun itu


(5) Bercelak
    ~ Allah akan menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.


(6) Bersedekah
    ~Allah akan menjaukannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor
      gagak terbang tak berhenti hingga ia mati dan diberi pahala seperti
     bersedekah kepada fakir miskin di dalam dunia ini.


(7) Menyapu kepala anak yatim

    ~ Allah akan mengurniakan sepohon di syurga bagi tiap-tiap helai
       rambut yang disapunya.


(8) menunjukkan orang sesat
    ~ Allah akan memenuhkan cahaya iman di dalam hatinya

(9) Menahan marah 
    ~Allah akan memasukkannya kedalam golongan orang yang reda


(10) Memuliakan fakir miskin

    ~Allah akan memuliakannya ketika di dalam kubur nanti


(11) Melapangkan belanja anak dan isteri
    ~ Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun itu

(12)  Membaca surah Al- Infithaar

        “jika seseorang banduan membacanya Insyallah akan dibebaskan dari 
        penjara. Jika seseorang yang demam membacakanya ke atas air lalu 
       memandikannya, In Shaa Allah, akan sembuh demamnya”


Alhamdulillah.. kepada sesiapa yg telah membacanya.. Hebat kan? Sebab tu aku nak sangat kongsi benda baik ni dengan org lain.. Kalau ada salah tolong betulkan.. Dan kepada yg terlambat melakukanya, tidak mengapa. Mudah-mudahan tahun depan ada lagi.
Assalammualaikum. 


                         
             
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar

Tuesday, November 13, 2012

Jamuan Kelas Yg Paling Gila~~ :P



Hai.. Assalammualaikum. ~Kalau jawab sayang, kalau tak jawab dosaaaa~ Hahaha. Pehal masuk Maria Elena punya ayat nih. Ok. Disebabkan ada yg sudah mula bising dn menunjukkan ketidakpuasan hati kerana waktu jamuan haritu punya la ramai “cameraman” and “camerawomen” tp tup2 takdak sapa yg uploadnya di internet. Wakakakak. ‘Sebenaqnya cek tak jumpak la carik camera.. cek lupa letak tang mana lepaih jamuan haritu..’

hahahaha. Amboiii. Terok bebenor. Kepada rakan2 ku sekalian.. harini aku akan menguploadnya.. sebanarnya aku taknak upload dkt fecebook sbb rsanya mcm bahaya sikit kot dri upload kt blog. Haha.
Lagipun aku mcm bajet2 la taknak upload sebenarnya sbb aku igt dh byk sgt dh yg bawak camera.. mesti nanti banyak jugak “mereka2” yg akan menguploadnya.. hahaha. (hampeh semua)

Tp sayang la sebab malam lepas ja jamuan tu ada sesuatu yg jadi dekat diri aku ni dn membuatkan akhir hari tu dipenuhi dengan tangisan..  Kenapa la nk sakitkan hati aku pada hari aku berbahagia dengan kawan2 aku..

Hahaha. Sebenarnya aku saja ja nk membebel. Sbb nk tggu semua gambar2 diupload atau dimuat naik di blog aku nih..! perghhhhh!!! Lambat! Penat nk tunggu. BTW,, cntik tk blog ni sekarang setelah dimodifiedkan oleh aku?? J Pink kau! Kelassss mak! Ahak! And I’m realy love the background music. Kepada yg meminati drama2 korea, tekalah lagu apa nih.. hahaha.  (aku saja taknak letak tajuk lagu)

And to all my friends, Terima Kasih kerana telah membuatkan setiap hari2 aku dipenuhi dengan gelak ketawa disebabkan perangai gila2 hampa tu. Dn terima kasih kerana selalu sudi memujuk aku ketika aku menangis. Aku rasa kita ni bukan kawan, tp dh mcm family. J
Bila aku teringat kt hampa, mesti aku sengih sorang2 mcm tak betul. (makruhh ow senyum sorang2) hahaha. 



(setelah dua jam mengupload.. ni lah hasilnya)


    Makanan.. Pada aku tahun ni paling banyak makanan dari tahun2 lepas






Ada pizza, kfc, sate, spegetti agar2, dan segala makanan yg terlalu banyak sampai aku tak igt

Sebenarnya, point aku bukan nk tunjuk gambar Fatini (baju hijau) dan Asma..
Aku nk tunjuk tupperware makanan yg berlambak2 tu.. makanan terlalu banyak.
credit to : adnin dan  Teacher Zarina




                           
                         
                 Tema untuk tahun ni sebenarnya Hijau dan Grey. Tp nampaknya ramai yg   
      menyalahi tema termasuklah aku memakai baju kurung terquoise yg aku  igtkan hijau. :P

                         
                  Lepas makan2 ataupun sambil makan2.. tibalah sesi memberikan hadiah kepada 
semua guru2 yg telah mengajar kami. :)Ecah dengan bangganya memberikan hadiah kepada Pn. Norlia




                           
                Ececece. malu2 pulak ustazah ni bila org nk ambil gambar. Ustazah kata jgn upload  
            gambar dia dkt facebook tp ustazah tk kata pon tak boleh upload kt blog!! hahaha.
                                                   Kami semua sayang ustazah~~~ :D

                             

                                                EX-calon menantu Ustazah. wakakakak! :D

                               

                                         Aku bagi hadiah dkt teacher Iliana yg cute dn comel :D
                                    
                                      Beramai-ramai.. Yey! aku nampak pendek. hahahaha.

                         
                       Bonzer2 3RKS1 dan dua org kembar bersama Teacher Iliana.. :)
                                                        sori sbb tgn aku mengiggil
                             
                                                          Hadiah utk Sir Zai..! :)
                              
                                  Sori gambar blur. sbb bila Syerah dtg aku menggigil. :)
 
             
                               
                        Hadiah aku dan Najihah utk tokwan a.k.a. Cikgu Omar..! yey!
                                            Hahahaha. Tokwan tgh bangga tu. :P

  
   Hurm.. Tokwan begitu berbahagia mendapat hadia Tie daripada kami. 

  
Hadiah coklat utk Cikgu Anuar.
 

       
Hadiah Telekung utk Teacher Suhana! Guru kelas 3RKS1 2012.
 KAMI SEMUA SAYANG TEACHER~~~ :D
 
Hahahaha. Lepas ja sesi bagi hadiah dekat cikgu2.. Tibalah masa yg dinanti-natikan iaitu sesi Pertukaran Hadiah.. Pada aku benda ni mmg perlu buat la sebab dh mcm tradisi jamuan tiap2 tahun kami.

Dan Inilah hasilnya setelah bertukar hadiah... :D
 
 Hadiah Makcik Untuk Tini... :) 

 
 Tengok!? Bila ada Syerah mesti tgn aku gigil waktu nk snap.
Hehehe. Hadiah Syafiq eh Syerah utk Diba.. :P


 Ni sebenarnya Hadiah Tini utk Hafizah. Tp disebabkan Tini terpaksa balik awal dan aku yg
tolong beli.. so aku lah wakilnya.. :)


 Aku dapat hadiah Ecah!!! Yey! Tq Ecah!! SARANGEi! (taktau eja)


 Ecah dapat hadiah Diana.. :)



 Ni Kaklong dapat hadiah Asma.. 


 Ni Asma dapat hadiah aku.. :)


 Hahaha. Seronok la Syerah dapat hadiah Diba.. :)


 Iklan COLGATE daripada Adnin dan Hafizah.
Beli dua COLGATE percuma satu Set Pinggan Mangkuk.. :P


 Cipan dan Ikan.. HAHHAHA.
jgn marah~~~


 OK. Budak dekat belakang tu ja yg comel. :P

Hahaha. Lepas tu.. tibalah masa untuk kanak2 Ribena bergambar2 sebagai kenangan terakhir.


                                 

                                    Boo! Dekat Pakcik yg kt belakang tu. hahahaha. :D



                                                    Semua bajettttt. hahahaha. :D   
                                          Duck face a.k.a Sore Eyes. HAHAHAHA. :P
                                     Dua org gadis yg menyalahi tema majlis. :P
                                        Duck face yg Gedik. AHAKS!


                                  Woi! Nak ambik gambar pon takyah r gadoh! 


             HA... Kan elok mcm tu.. Senyum sikit.. Senyum sikit ja. jgn lebih2. :P


                                   I'M NOT SHORT! My height is just cute.. :P
                                                       ZZZZzzzz.......
                                        Hafizah buat muka cipan ~~~

                  Hurm! Malaysia Boleh. Hak Bermain Hak Kami!! (iklan milo)


                     Aku gigil bila nk snap gambar syerah. ahahaha. :P

                                                 I'm between Diba and Diana. Dan ternyatalah
                   aku lebih sesuai dengan Diba..~~ :P

                          Tu ja yg paling cute?!! hahaha. Boleh la~~~


                Lu org pehal!?? Mau gadoh? kalau berani lu angkat geng la!! :P


                             Senyum~~



            TARAPAMPAMPAMAPAMAPAM!!! I LOVE IT!


       
             sAHABAT SEJATI AKU DARI DARJAH 2~~
  
Mereka dikatakan kembar~ :D



Hah. Yg pakai baju hijau(ikot tema la konon!) tu kakak tiri aku. wakakakak! :P


     BONZER2 3RKS1 yg mau carik gadoh
   dgn MALIK KL GANGSTER. hahaha. :P



Hahaha. So ini sahajalah yg mampu aku upload. ber jam2 ko! so, kpd classmate aku rajin2 lah follow blog aku eh.. :) haahaha.
Akhir kata daripada aku, Aku nk mintak maaf sgt2 dkt hamapa semua kalau aku ada buat salah~~ and Thanks sbb selalu buat aku tersenyum dan bergelak ketawa dgn hamapa~~ Follow blog aku tau weh!! Follow jgn tak follow. 
Keyh. ASSALAMMUALAIKUM.  ~Kalau jawab sayang, kalau tak jawab dosaaaa~
Jap! pada sesiapa yg nk baca post aku sebelum ni, sila click SINI.. :) 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :) Sila comment Untuk Tunjuk Ajar