~assalammualaikum~ :)
haha. lama tak berbelong an? sebok sangat dengan exam aku... aku rasa dh empat bulan kot tak bukak blog. ka 5 bulan? haha.
jd harini aku jadi senang sikit la sbb semua result dh kluar. (untuk pertengahan tahun ja la..)
hah. Ok tu point aku sekarang.
bila sebut ja pasal periksa, mungkin ramai yang akan berusaha dengan cara mereka sendiri kan?
dan bila dapat hasilnya mestilah ada yg happy, dan ada yg sedih.
tapi apa yang kita dapat tu lah hasil daripada usaha kita sendiri.
kadang-kadang mesti kita merasa diri kita yg terbaik.. tapi bila dapat tahu keputusan atas sesuatu perkara tu barulah kita tahu usaha yg kita buat tu pada tahap yg macam mana.
dan kadang-kadang ada jugak "hard feeeling" tu dekat kawan2 yg dapat lebih sikit daripada kita kan.
cuba fikir kembali.. kita ni macam tak bersyukur kan?
padahal apa yang kita dapat kurang daripada kawan2 kita tu lah yg menggambarkan yang usaha kita ni kurang sangat kalau nk dibandingkan dengan mereka.
mungkin juga kadang-kadang kita ni terlalu perlu untuk menjadi yang teratas ataupun yang terbaik untuk buat oran yang paling kita sayang kat dunia ni gembira, tengok diorang tersenyum atas hasil usaha kita pun dh rasa lega. tapi.. kita mesti nk bagi lagi lebih kan?
tapi layak kah kita mendapat sesuatu yg lebih atas usaha yang sedikit? atas usaha yg tak berlebihan pun??
dan sebaliknya pula kepada sesiapa yg menjadi yg terbaik antara semua. bersyukur tu mesti jadi benda yg pertama. bila dapat hasil atau result tu.. benda yang pertama kena sebut bukanlah "YES!" ataupu "YAY!" sebutlah ALHAMDULLILAH.. Keputusan terbaik daripada ladang yang kamu dapat tu atas izin siapa sayang oi? bukan nk cakap kepada sesiapa.. diri sendiri ni jugak la yg paling penting kena ingatkan.. aku pun manusia biasa.. selalu jugak lupa. dan bila aku baca di Facebook ada yang tak puas hati kepada kawanya yg lain.. sebab kawan dia yg dapat "A" tu perli dia...
kalau kita menjadi yg terbaik atau berada diatas tidak semestinya kita akan sentiasa ada diatas. perkara yang paling penting bila kita mendapat keputusan yg cemerlang tu mestilah MERENDAH DIRI. ingat.. Allah tu berkuasa untuk menarik kembali nikmat yg telah dia berikan. bantu membantu sesama kita dalam pelajaran tu mungkin lebih baik kan? mungkin apa yang kita kongsikan tu akan lebih mudah untuk diingati.. :)
ok mungkin sampai sinilah dulu.. aku belum ada ramai followers pon lagi.. hehehe. takpa nanti aku dh tak bizi aku promote blog ni. hahaha. tapi semua ni bukan untuk tunjuk belagak pandai. hanya nk menulis untuk kebaikan dan untuk peringatan kepada diri sendiri jugak...
ingat la.. keputusan peperiksaan yang kita dapat semuanya atas hasil usaha kita sebelum itu. dan apa yang kita usahakan sekarang akan menjadi hasil kita pada masa hadapan.
kita ni sememangnya sering lalai dan perlu ingat mengingati antara satu sama lain..
~assalammualaikum~
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum :)
kalau tak jawab dosa
kalau jawab sayang~~
sila comment untuk tunjuk ajar